PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

2 Seorang Lelaki Mengamuk Dengan Mengelar Leher Teman Wanitanya!!!!


MELAKA: **Akibat berang kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan mengelar leher, tangan dan menikam bekas teman wanita bersama ibunya di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini.

*Lim Mui Tiang, 33, dan ibunya, Ah Ngo, 75, ditemui berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, namun warga emas itu disahkan mati tidak lama selepas kejadian manakala anaknya cedera parah.

*Metro Ahad difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, Mui Tiang sempat menghubungi abang sulungnya, Lim Ah Lai, 51, memaklumkan dia dan ibu dalam bahaya kerana suspek berusia 33 tahun itu cuba membunuh mereka.

*Menurut Ah Lai, dia yang baru pulang ke rumahnya di Cheng Height, dekat sini, dihubungi adiknya lalu bergegas ke lokasi.

*“Sebaik sampai, saya dapati pintu rumah berkunci. Apabila saya jenguk melalui tingkap di bahagian depan, saya nampak emak dan adik perempuan terbaring berlumuran darah atas tilam di ruang tamu.

*“Saya dan anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menendang pintu untuk membukanya sebelum membantu ibu dan adik yang mengerang kesakitan,” katanya.

*Menurutnya, dia cuba bertanya ibunya yang masih boleh bercakap mengenai kejadian yang berlaku.

*“Dalam menahan sakit, emak beritahu lelaki (suspek) yang serang dan tikam mereka adalah penduduk kampung itu. Saya cuba mententeramkan emak dan adik sebelum ambulans tiba dan membawa mereka ke hospital,” katanya.

*Menurut Ah Lai, dia dimaklumkan adiknya bahawa lelaki itu berada di rumah mereka sejak jam 7 malam hingga 11.40 malam dan dikatakan cuba memikat serta mengajaknya keluar bersamanya.

*Katanya, adiknya enggan mengikut lelaki itu kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak.

*“Ketika kejadian, lelaki itu berada di dapur bersama Mui Tiang yang menggunakan komputer, manakala ibu menonton televisyen di ruang tamu sambil berbaring di atas tilam.

*“Saya difahamkan, lelaki itu cuba memikat dan memujuk adik saya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia enggan mengikut lelaki berkenaan dengan alasan mereka masing-masing berkahwin.

*“Disebabkan sudah lewat, adik meminta dia balik, namun lelaki itu dikatakan marah dan mengugut membunuh adik. Lelaki itu kemudian mengambil pisau dan menikam adik saya,” katanya.

*Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, adiknya masih mampu menghubunginya sebelum pergi ke ruang tamu dan melihat lelaki itu menikam dan mengelar leher ibunya yang cuba pergi ke dapur apabila mendengar jeritan adiknya.

*Difahamkan, anak tunggal Mui Tiang yang berusia dua tahun dan dikenali sebagai Ah Boi, ketika itu tidur di dalam sebuah bilik dan terselamat.

**Menurutnya, Mui Tiang adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan bakal berpindah bersama ibu mereka ke luar negara akhir tahun ini mengikut suaminya yang bekerja di sana.

*“Kejadian ini sungguh mengejutkan dan saya sekeluarga sedih serta berharap polis berjaya menangkap lelaki terbabit,” katanya.

***Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki terbabit dalam kejadian itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, jam 11 pagi.

*Menurutnya, polis masih menyiasat mengenai insiden itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, jam 11.30 malam.

0 Response to "2 Seorang Lelaki Mengamuk Dengan Mengelar Leher Teman Wanitanya!!!!"

Post a Comment