PENYAKIT YANG DIHIDAPI NAZIM OTHMAN AKHIRNYA ‘TERJAWAB’
Ramai yang masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapi pelakon Nazim Othman. Timbul andaian mengatakan Nazim menghidap ketumbuhan otak apabila beliau berkongsi f0to-f0to imbasan otaknya.
Akhirnya Nazim muncul dalam program Hlive Apa Kata Malaysia? Bersama Datuk Aznil Nawawi untuk menceritakan rahsianya. Nazim memberitahu dia kini dalam proses pemulihan setelah menjalani pembedahan di bahagian kepalanya. Namun setelah dibedah, Nazim bersyukur kerana doktor mengesahkan bengkak tersebut bukan kanser malignant.
“Saya jalani pembedahan secara senyap-senyap pada 6 Mac lalu. 0rang tak tau pun.
“Alhamdulillah ketumbuhan pada bahagian otak saya bukan kanser. Saya tak ada kanser,”
Ini adalah kemunculan pertama Nazim sejak pelbagai spekulasi tentang masalah kesihatannya tersebar di blog dan media.
“Secara peribadi, saya tak akan berkongsi secara terperinci mengenai diri saya. Tak kisahlah pasal situasi sekarang atau sebelum ini.
“Macam kisah-kisah peribadi saya, ada yang saya simpan untuk diri saya secara eksklusif juga sebab kalau saya cerita semua, tak ada apa yang tinggal untuk saya.
“Dalam situasi ini, ia agak complicated sebab ia melibatkan bahagian yang sangat crucial. Pembedahan itu melibatkan bahagian 0tak.
“Saya diamkan diri sebab benda ini terlalu sensitif untuk saya bercakap lebih lanjut. 0rang tak faham dan terus memperkatakan yang kemungkinan saya ada kanser. Jadi saya memilih untuk diam.
“Bila wartawan bertanya, diorang tak tau saya tengah dalam proses akan menjalani pembedahan. Bila saya post di Instagram, saya dah jalani pembedahan.
“Dalam keadaan tu, benda ni sangat sensitif bagi saya sebab ada kemungkinan saya kehilangan deria saya ataupun kemungkinan lain yang lagi besar,”
Nazim berkata tanda awal dan gejala bermula pada awal Januari lalu. Dia menghidap demam dan disyaki demam denggi. Namun pemeriksaan darah dan pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa dia tiada denggi. Walaupun sudah baik dari demam tetapi sakit kepala masih berlanjutan selama sebulan dan kesakitannya lebih kuat dari biasa.
“Sampai ada satu ketika, saya terpaksa menelefon ambulans untuk ambil saya di tengah-tengah malam sebab saya tak nak kacau orang lain.
“2.30 pagi, saya bangun. Kepala saya macam nak pecah. Saya takut. Saya berdiri pun tak boleh s0 saya terpaksa panggil ambulans,”
Walaupun telah mendapatkan rawatan namun sakitnya masih tidak hilang dan apabila ibu bapanya datang melawat mereka menyuruh Nazim membuat pemeriksaan rapi.
“Menurut d0ktor, kebanyakan kes yang macam saya lalui ni biasanya normal migraine. Walhal, saya tak pernah kena migraine sebelum ni.
“Ayah saya yang suruh saya buat imbasan MRI. Hari saya buat MRI yang pertama, saya optimis.
“Tetapi doktor kata kepada saya; ‘I’m s0 sorry. You are unlucky. Melalui imbasan ni kita nampak otak awak ada sesuatu dan kawasan di sekitar ketumbuhan di 0tak awak sudah membengkak.’ Dan bengkak itu yang membuatkan kepala saya berdenyut-denyut,”
Nazim terpaksa akur dengan rawatan pembedahan untuk kesihatannya dan lega apabila hasil pembedahan tersebut membuktikan dia tidak menghidap barah.
“Saya mempersoalkan banyak perkara kepada pakar bedah saya. Saya nak tahu apa yang akan jadi kepada saya, terutamanya ia berkaitan otak saya. Saya sangat takut.
“Saya buat second MRI saya beberapa hari sebelum pembedahan. First MRI saya pula, dua minggu sebelum itu.
“Sebelum operation, saya sangat takut. Saya takut dengan kanser tu sebenarnya. Kanser tu adalah cubaan yang sangat tinggi. Jadi saya sangat respect orang yang sangat kuat lalui dugaan kanser,”
“Tetapi saya tak boleh terlalu yakin sebab saya belum betul-betul pulih daripada pembedahan itu. Walaupun ia bukan kanser tapi ia bukan satu benda yang mudah bagi saya.
“Luka saya pun belum kering sepenuhnya. Jahitan tu di bahagian dalam kulit kepala. Kat luar ni staple sahaja,”
Nazim yang kelihatan agak berisi mungkin berikutan ubat-ubatan yang harus diambilnya, hadir di studio Hlive dengan pakaian ala sukan yang lengkap berpenutup kepala.
Kini Nazim Othman akan berehat seketika dan tidak akan membuat sesi temubual lagi. Nazim juga kini sudah mempunyai perspektif hidup yang lain dan kini lebih dekat dengan Allah. Nazim Othman juga akan berhati-hati untuk memilih tawaran berlakon kerana telah berjanji dengan Allah.
Sama-sama kita doakan semoga penyakit Nazim Othman tidak serius dan beliau pulih dan sihat seperti sediakala.
0 Response to "PENYAKIT YANG DIHIDAPI NAZIM OTHMAN AKHIRNYA ‘TERJAWAB’"
Post a Comment