PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

AWIE TERIMA ANUGERAH SANDANG KEBESARAN GAYONG MALAYSIA

AWIE TERIMA ANUGERAH SANDANG KEBESARAN GAYONG MALAYSIA

***Tahniah ucapkan kepada vokalis kumpulan Wings, Awie yang telah menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong. Lebih manis, anugerah itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran #Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, malam tadi.

“Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, #saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,” kata Awie yang dipetik menerusi sebuah portal berita.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Awie sudah lama terlibat dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

“Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong. #Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” jelasnya.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Awie. #Semoga anugerah ini akan membakar lagi semangat Awie untuk terus memperjuangkan seni silat ini agar tidak luput ditelan zaman.

0 Response to "AWIE TERIMA ANUGERAH SANDANG KEBESARAN GAYONG MALAYSIA"

Post a Comment