PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Mayat seorang wanita terapung di dalam tangki simpanan air??!!!


Mexico. Penduduk di sebuah perumahan gempar apabila pihak berkuasa memaklumkan menjumpai mayat seorang wanita terapung di dalam tangki simpanan air di bl0k perumahan tersebut.

Memetik laporan dari portal berita Metr0.c0.uk, mayat Carmen Yarira Noriega Esparza, 27, dijumpai mereput di dalam tangki tersebut selepas penduduk di kejiranan itu mengadu air yang diminum 0leh mereka terasa ‘pelik’ dan aneh.

Menurut pihak berkuasa, Yarira dipercayai hilang hampir setahun lalu dan kali terakhir dilihat di sebuah gimnasium di pusat bandar pada Februari lepas.

Walaupun kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kehilangannya, Yarira masih tidak dapat ditemui.

Sejurus selepas p0lis menghentikan siasatan, ahli keluarga dan rakan-rakannya memulakan carian menerusi media sosial.

Ia dilakukan bagi menemukan sebarang petunjuk baharu berhubung kehilangan gadis itu.

Difahamkan, Yarira merupakan pelajar psikologi yang bercita-cita untuk menjadi pelakon.

Seorang rakan, Pal Javier Paz, 3O, berkata, Yarira merupakan seorang gadis cantik yang baik dan berbakat.

“Bila dia tidak muncul di klinik, di mana tempat dia bekerja, kami ingat dia diculik dan dijadikan hamba dalam perdagangan seks.

“Rupa-rupanya selama ini (mayat) dia  berada di blOk apartmentnya sepanjang masa,” katanya.

0 Response to "Mayat seorang wanita terapung di dalam tangki simpanan air??!!!"

Post a Comment