(GEMPAR!!) Adi Putra Dikejarkan ke Hospital Ketika Promosi Filem Isyarat Cinta!!!
Adi Putra kini dilaporkan berada di Pusat Perubatan Prince C0urt di sini selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak (slipped disc), malam tadi dan perkara tersebut membuatkan isteri tersayangnya bimbang lebih-lebih lagi apabila panggilan tidak dijawab.
“Saya pun terkejut bila dapat tahu sebab tak ada dengan dia. Saya baru balik kursus. Malam ini baru nak pergi tengok. Kena tunggu malam ini baru saya dapat tahu. #Saya cuba hubungi tapi tak berjawab lagi. Bimbang juga jadinya”
“Nanti bila saya sampai (hospital) dan tahu cerita saya akan berkongsi (perkembangan). Sekarang saya dalam perjalanan ke sana,” jelas isterinya dipetik daripada Harian Metro dan difahamkan Adi dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, J0bot selepas mengadu sakit belakang secara tiba-tiba ketika mempromosikan filem Isyarat Cinta di Kuala Lumpur.
#Dalam kenyataannya hari ini, Adi dilaporkan berkata, dia masih tidak pasti tempoh ditahan di wad memandangkan dia perlu menjalani rawatan susulan termasuk imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI).
0 Response to "(GEMPAR!!) Adi Putra Dikejarkan ke Hospital Ketika Promosi Filem Isyarat Cinta!!!"
Post a Comment